300 Hadis Bimbingan
Oleh:
Zahazan Mohamed
Ahmad Hasan Mohd Nazam
Oleh:
Zahazan Mohamed
Ahmad Hasan Mohd Nazam
Dorongan Penerbitan:
Dorongan utama buku ini disusun ialah kerana memandangkan sejak mutakhir ini kecenderungan masyarakat untuk menghafal al-Quran semakin bertambah. Demi untuk menyemarakkan lagi arus yang positif ini, dirasakan perlu digalakkan juga orang ramai menghafal hadis. Ini kerana al-Quran dan al-Hadis merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada manusia untuk mencari hujah dan meraih hidayat. Apabila penghayatan al-Quran dan al-Hadis dapat diterapkan secara mendalam dan diseimbangkan maka keharmonian dan kebahagian hidup dunia dan akhirat dapat dikecapi.
Buku ini mengandungi tiga ratus hadis-hadis yang ringkas. Maksud dan pengertiannya perlu dihayati dengan mendalam untuk menghasilkan kefahaman yang sahih, tepat dan syumul. Seterusnya, jika ianya diamalkan, natijah yang mengukuhkan asas-asas kesejahteraan hidup akan terhasil.
Pendahuluan:
Apakah sebenarnya yang menjadi tenaga pendorong atau obor semangat yang membangkitkan kegigihan umat Islam hingga lahirnya tokoh-tokoh agung di dalam pelbagai bidang hidup insani itu. Jawapannya yang sebenar tentulah bersumber dari al-Quran dan al-Sunnah yang suci, unggul dan penuh dengan unsur-unsur dinamisme. Iman, akhlak dan amal soleh yang menjadi tiga serangkai tidak dapat dipisahkan dari struktur pengajaran Islam itulah yang mampu melahirkan manusia agung yang layak dijadikan pedoman dan ikutan umat Islam.Tanpa semangat cintakan Allah dan Rasul kehidupan manusia akan diselubungi dengan pelbagai permasalahan kronik. Mereka yang menyedari hakikat ini akan terus berusaha menyuburkan rasa cintanya kepada Allah Subhanahu wa ta‘ala dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dengan pelbagai wasilah. Masakan tidak, kalam Allah yang diturunkan dan sunnah Rasulullah yang diteladankan itulah yang membimbing kehidupannya dan memeliharanya daripada sebarang kegelinciran. Ia merupakan dua pedoman yang tidak akan menyesatkan orang yang berpegang-teguh dengannya.Hanya mereka yang menghayati dan mengamalkan hadis-hadis Rasulullah yang juga datangnya daripada Allah Subhanahu wa ta‘ala, akan menyedari betapa tinggi nilainya yang sebenar. Lantas, semangat kecintaannya terhadap Allah dan Rasul akan terus meningkat dan ia dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna.Benih cinta ini yang terdapat di dalam hati insan mestilah disemai dan dibajai agar ia membuahkan kelazatan dan kemanisan iman. Perlaksanaannya ialah dengan mempraktikkan saranan-saranan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam ibadat yang khusus dengan Allah dan muamalat sesama manusia. Setiap mereka yang melakukan usaha ini, tetap akan merasai hasilnya sama ada di dunia atau di akhirat.
Diterbitkan Oleh:
Telaga Biru Sdn Bhd
Telaga Biru Sdn Bhd
Web: http://www.telagabiru.net.my/
K A N D U N G A N
BAB 1:
ILMU DAN ULAMA
1) Niat: Permulaan Segala Amalan
2) Balasan Mengkhianati Ilmu
3) Kewajipan Menyampaikan Ilmu
4) Faedah Menyampaikan Ilmu
5) Tiada Pengecualian Menuntut Ilmu
6) Ilmu Asas Kebaikan
7) Keutamaan Menuntut Ilmu
8) Warisan yang Menguntungkan
9) Ketinggian Darjat Orang yang Berilmu
10) Ganjaran Menyampaikan Ilmu
11) Berhati-Hati Menyampaikan Ilmu
12) Menunjuk Contoh Teladan yang Baik
13) Keikhlasan dalam Beragama
14) Ancaman Menyembunyikan Ilmu
15) Bahana Kehilangan Ulama’ dan Ketandusan Ilmu
16) Pemimpin yang Sesat
BAB 2:
BERAMAL DAN BERJAMAAH
17) Cara Melaksanakan Agama
18) Jangan Membebankan Diri
19) Allah s.w.t. Bersama Jamaah
20) Bid‘ah Adalah Suatu Keburukan
21) Mesti Mengamalkan Islam Walaupun dalam Keadaan Terasing
22) Melakukan Amalan Secara Berterusan
23) Tiada Guna Melengah-lengahkan Amalan
24) Merasai Kemanisan Iman
25) Keredhaan Hakiki
26) Tanda Kemanisan Iman
BAB 3:
KEISTIMEWAAN NABI S.A.W.
27) Rasulullah s.a.w. Penghulu Manusia
28) Rasulullah s.a.w. Sebagai Rahmat
29) Pendidik Insan Berakhlak Mulia
30) Keistimewaan Pada Penyampaian Rasulullah
31) Nabi s.a.w. Mendahului Umatnya
32) Jaminan Kemenangan
33) Kesedaran untuk Beramal
34) Bumi Sebagai Masjid
35) Kesempurnaan Syafaat Rasulullah s.a.w.
36) Pelbagai Golongan Mendapat Syafaat
37) Kelebihan Selawat
38) Orang Bakhil yang Sebenar
39) Ucapan Salam untuk Rasulullah s.a.w.
BAB 4:
KELEBIHAN PARA SAHABAT
40) Larangan Mencela Sahabat Rasulullah s.a.w.
41) Dua Orang Penghulu Syurga
42) Keistimewaan Tertentu Beberapa Sahabat Nabi
43) Keistimewaan Golongan Ansor
BAB 5:
KELEBIHAN UMAT
NABI MUHAMMAD S.A.W.
44) Pejuang Kebenaran
45) Semaian Allah
46) Mendapat Kekuasaan di Muka Bumi
47) Tiada Perbezaan Darjat Antara Umat Rasulullah
48) Hikmah Berkasih Sayang
BAB 6:
RUKUN ISLAM, CABANG IMAN
DAN JANJI ALLAH
49) Binaan Islam
50) Cabang Iman
51) Iman yang Sebenar
52) Yakin dengan Allah untuk Istiqomah
53) Penilaian Allah Terhadap HambaNya
54) Merebut Peluang untuk Beramal
55) Nikmat yang Boleh Memperdaya Manusia
56) Amalan Semata-mata Bukan Penyelamat
57) Ketaatan yang Dilarang
58) Mukmin Sebenar
59) Balasan Takut Kerana Allah
60) Pengakhiran Suatu Ketentuan
61) Jalan Syurga Dan Neraka
62) Ganjaran Untuk Orang Soleh
63) Pohon Syurga
BAB 7:
PERKARA YANG BERKAITAN
DENGAN SOLAT
64) Amalan Membawa ke Syurga
65) Amalan Pertama Dihisab
66) Kesan Wudhuk
67) Berwudhuk dan Bersiwak
68) Menyempurnakan Wudhuk dan Doa Selepasnya
69) Solat Sunat Selepas Berwudhuk
70) Tempat yang Disukai dan Dibenci
71) Mendirikan Masjid Kerana Allah
72) Membanyakkan Masa Iktikaf di Masjid
73) Berjalan di Dalam Gelap Menuju ke Masjid
74) Berulang-Alik ke Masjid
75) Kelebihan Solat Berjemaah
76) Kelebihan Doa Antara Azan dan Qamat
77) Doa Selepas Azan
78) Doa Masuk dan Keluar Masjid
79) Sembahyang Tahiyyatul Masjid
80) Kedudukan Imam dan Muazzin
81) Berterusan Mendapat Ganjaran Solat
82) Melintasi Orang Sedang Sembahyang
BAB 8:
BEBERAPA SOLAT SUNAT
DAN DOA YANG MA’THUR
83) Solat Sunat Sebelum dan Selepas Solat Zohor
84) Solat Sunat Sebelum Solat Asar
85) Solat Sunat Sebelum Solat Subuh
86) Ganjaran Solat Isyak dan Subuh Berjamaah
87) Kemuliaan dan Keperkasaan Mukmin
88) Zikir Selepas Solat Subuh dan Solat Maghrib
89) Istighfar dan Memuji Allah Selepas Sembahyang
90) Gesaan Berdoa Selepas Sembahyang
91) Membaca Ayat Kursi Selepas Sembahyang
BAB 9:
KELEBIHAN AL-QURAN DAN AHLINYA
92) Orang yang Dikasihi Allah
93) Al-Quran Pemberi Syafaat
94) Manusia Terbaik
95) Penjagaan al-Quran
96) Melagukan al-Quran
BAB 10:
PESAKIT DAN PENYAKIT
97) Menziarahi Orang Sakit
98) Mengingati Akhirat
99) Doa Menziarahi Orang Sakit
100) Doa Melegakan Kesakitan
101) Ujian Terhadap Orang yang Disayangi Allah
102) Dosa Terhapus Bila Datang Ujian
103) Semua Penyakit Ada Ubatnya
104) Penawar Demam
105) Mengingati Mati
106) Allah Tidak Mengazab Tanpa Hujah dan Alasan
107) Larangan Mencela Orang Mati
108) Amalan yang Berkekalan
BAB 11:
PUASA
109) Puasa Perisai Diri
110) Bersahur
111) Memberi Makan kepada yang Berpuasa
112) Puasa Hari ‘Asyura
113) Puasa Pada Bulan Syawal
114) Puasa Hari ‘Arafah
115) Puasa Tiga Hari Sebulan
BAB 12:
ZAKAT
116) Balasan kepada Mereka yang Enggan Berzakat
BAB 13:
HAJI
117) Mentarbiyah Diri dengan Ibadah Haji
118) Ganjaran Haji Mabrur
119) Tetamu Allah
120) Kelebihan Air Zam-zam
BAB 14:
JIHAD DAN SYUHADAK
121) Syurga di Bawah Bayangan Pedang
122) Berjuang Menegakkan Agama Allah
123) Jaminan kepada Pejuang Islam
124) Ghairah untuk Berjihad
125) Cara Mendapat Syahid
126) Ganjaran Bagi Mereka yang Berniat Syahid
127) Bersiap-Siaga di Jalan Allah
128) Berazam untuk Berjihad
BAB 15:
KEPENTINGAN DOA DAN ZIKIR
129) Doa Adalah Ibadah
130) Kemuliaan Doa
131) Berbaik Sangka dengan Allah
132) Dunia yang Hina
133) Basahi Lidah dengan Zikir
134) Mendapat Kebaikan dengan Zikir
135) Perumpamaan Orang yang Berzikir
136) Kelompok Orang Berzikir Ibarat Berada di Halaman Syurga
137) Sesuatu yang Memalukan Bagi Allah
138) Waktu Mustajab Berdoa
139) Allah Menerima Taubat Setiap Masa
140) Doa Solat Fajar
141) Doa Membersihkan Jiwa
142) Doa Mohon Perlindungan
143) Doa Mohon Keampunan
144) Zikir Memuji Allah
145) Doa yang Paling Afdhal
146) Doa Ketika Menghadapi Kesusahan
147) Doa Apabila Ditimpa Bala
148) Doa Mohon Nikmat Berkekalan
149) Tiga Doa Mustajab
150) Doa Masuk Rumah
151) Memberi Salam Ketika Masuk Rumah
152) Doa Ketika Keluar Rumah
153) Doa Selepas Makan
154) Adab Ketika Makan
155) Doa Selepas Makan
156) Doa Ketika Memakai Pakaian
157) Doa Masuk Tandas
158) Doa Keluar Tandas
159) Doa Mendengar Orang Bersin
160) Doa Ketika Melihat Anak Bulan
161) Doa Melihat Sesuatu yang Disukai dan Dibenci
162) Doa Memohon Perlindungan daripada Sebarang Ganguan
163) Doa Memohon Akhlak Baik
164) Doa Pemudah Sesuatu Perkara
BAB 16:
HAK-HAK PERSAUDARAAN
165) Pemimpin Mesti Melaksanakan Tanggungjawab
166) Cermin Diri
167) Orang-orang Mukmin Umpama Satu Binaan
168) Orang-orang Mukmin Ibarat Satu Jasad
169) Hijrah yang Sebenar
170) Menghormati Saudara
171) Menunaikan Hajat Saudara
172) Berbuat Baik kepada yang Lain
173) Kasih Saudara Seperti Diri Sendiri
174) Syurga di Telapak Kaki Ibu
175) Kemestian Memberi Nafqah kepada Bapa
176) Kebaikan yang Utama
177) Kebaikan Hubungan Silaturrahim
178) Mengeratkan Hubungan Persaudaraan
179) Mengasihani Manusia
180) Orang yang Bersifat Kasihan Akan Dikasihi
181) Menyatakan Rasa Kasih
182) Hak untuk Muslim yang Lain
183) Bemesyuarat Itu Adalah Amanah
184) Larangan Takut Menyatakan Kebenaran
185) Menolong Orang Zalim
186) Roh Bertaut dan Berselisih
187) Pergaulan Sebenar
188) Bersahabat dengan Mukmin
189) Pilih Sahabat Terbaik
190) Sahabat Terbaik
191) Prihatin Terhadap Jiran
192) Jiran yang Terbaik
BAB 17:
KEMURNIAN AKHLAK
193) Menyukai Suatu yang Terbaik
194) Golongan yang Mendapat Naungan Allah
195) Kedudukan Sifat Malu
196) Malu Sebahagian daripada Iman
197) Sifat Malu yang Sebenar
198) Malu Adalah Syariat Nabi-Nabi
199) Kesudahan Sikap yang Benar
200) Meninggalkan Keraguan
201) Ketinggian Darjat Orang yang Benar
202) Menghindar Penipuan dan Perbalahan
203) Memilih Perkara yang Wajar Dibicarakan
204) Menghormati Kedudukan Seseorang
205) Tidak Berlemah-Lembut Adalah Sifat Tercela
206) Perhiasan Diri
207) Allah s.w.t. Menyukai Sifat Lemah-Lembut
208) Ganjaran Terhadap Sikap Toleransi
209) Mukmin yang Benar Tidak Terpedaya
210) Keutamaan Bersabar
211) Kekuatan Diri yang Sebenar
212) Menahan Diri daripada Marah
213) Jujur dan Tidak Mengkhianat
214) Peri Penting Kesetiaan
215) Melakukan Kerja yang Bermanfaat
216) Setiap Bantuan Ada Ganjarannya
217) Menghargai Jasa Orang dan Mensyukuri Nikmat Allah
218) Membalas Perkataan dan Perbuatan yang Baik
219) Pengucapan yang Baik di Atas Perbuatan yang Baik
BAB 18:
SEDEKAH DAN IHSAN
220) Setiap Amal Kebaikan Adalah Sedekah
221) Sedekah yang Baik
222) Melakukan Ihsan Sekalipun Terhadap Haiwan
223) Doa Malaikat kepada Pemberi Sumbangan
224) Menyembunyikan Sedekah
225) Pintu Kebaikan
226) Menghindar Kejahatan dengan Melakukan Kebaikan
227) Ganjaran Bersedekah
228) Memberi Lebih Baik daripada Menerima
229) Gesaan Melakukan Kebaikan Walaupun Sedikit
230) Menghulur Bantuan Sekalipun Kecil Nilainya
231) Dua Ganjaran untuk Satu Sedekah
232) Darjat Penjaga Anak Yatim
233) Ganjaran Menolong Golongan yang Tidak Berupaya
234) Golongan yang Tidak Dibenarkan Menerima Sedekah
235) Ganjaran Menutup Keaiban Orang
236) Ganjaran Tidak Menghebahkan Perkara yang Buruk
BAB 19:
KALIMAH YANG BAIK
237) Mengungkap Kalimah yang Mulia
238) Mengucapkan Salam
239) Amalan yang Baik Adalah Sedekah
240) Elakkan Perkara yang Disakiti
BAB 20:
AKHLAK YANG BURUK
241) Dosa Penghalang Rezeki
242) Menceroboh Hak Orang Lain
243) Membuat Fitnah
244) Takabbur
245) Kejahatan Diri Disakiti Orang Lain
246) Membuat Perkara Syirik dan Bermusuhan
247) Golongan yang Tidak Mendapat Perhatian dan Rahmat daripada Allah s.w.t.
248) Beberapa Unsur Negatif dalam Hubungan Sesama Manusia
249) Memutuskan Talian Persahabatan
250) Mengugut Seseorang
251) Balasan Terhadap Orang yang Zalim
252) Balasan Azab Tidak Terlepas Terhadap Orang yang Zalim
253) Doa Orang yang Dizalimi Adalah Mustajab
254) Ciri-ciri Orang Munafiq
255) Kesudahan Orang yang Menipu
256) Syak dan Sangkaan
257) Talam Dua Muka
258) Menampilkan Imej yang Buruk
259) Bersikap Kasar
260) Bermusuhan
261) Bakhil dan Haloba
262) Mementingkan Diri Sendiri
263) Menjadikan Tamak Sebagai Tabiat
264) Melibatkan Diri dengan Riba
265) Meminum Arak
266) Benda yang Memabukkan Adalah Haram
267) Permainan yang Melekakan
268) Berbohong dan Membuat Perancangan Jahat
269) Membanggakan Diri
270) Pujian yang Berlebihan
271) Iman Pembendung Gejala Negatif
272) Akibat Tidak Meninggalkan Kejahatan
273) Tiga Perkara yang Dibenci Oleh Allah s.w.t.
274) Balasan Terhadap Pengukir Patung
275) Banyak Ketawa
276) Menjaga Adab
277) Berwaspada Terhadap Perkara yang Mendorong kepada Syahwat
278) Godaan Wanita
279) Mengimport Budaya Asing
BAB 21:
PESANAN NABI S.A.W.
280) Menumpukan Perhatian Terhadap Pengabdian Diri kepada Allah s.w.t.
281) Berdikari dalam Setiap Perkara
282) Amanah Menguruskan Dunia
283) Tidak Bersikap Ghairah Terhadap Dunia
284) Beradab Mulia dan Bersederhana dalam Perkara Dunia
285) Nafsu Tidak Akan Kenyang
286) Antara Ciri-ciri Hamba Dunia
287) Berwaspada Mengendalikan Harta
288) Kekayaan yang Sebenar
289) Kenikmatan Hakiki
290) Petanda Kasih Allah
291) Faktor Mengecapi Kebahagian
292) Menghargai Segala Nikmat Allah
293) Berwaspada daripada Terleka dengan Suatu yang Tidak Kekal
294) Bertaubat
295) Dua Mata yang Terselamat
296) Perhatian dan Ketetapan daripada Allah s.w.t.
297) Kejahatan Terhapus dengan Kebaikan
298) Tiada Ketenangan dengan Kepincangan Akhlak
299) Memohon Keampunan pada Setiap Ketika
300) Meringankan Lidah untuk Berzikir
Biodata Perawi Hadis
Contoh Keterangan:
--- In alFikrah@yahoogroup s.com, Azizul Salehudin wrote:>> Assalamualaikum,> > Ana nak mintak tolong sesiapa jelaskan maksud ayat kedua dari hadithini.> > Daripada Zaid bin Thabit Radhiallahuanh, Rasulullah Sallallahualai> wasallam bersabda: "Allah menyerikan orang-orang yang mendengar sesuatu> hadith daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan> kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman> kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang> membawa suatu kefahaman itu sebenarnya ia tidak memahami."> (Riwayat Abu Dawud dan al-Tirmidzi)
Keterangan:-
- Perawi hadis tidak disyaratkan semestinya seorang yang faqih. Ia disyaratkan menghafalnya sahaja. Seorang yang faqihlah mesti memahami dan mendalami pengertiannya. (al-Munawi).
- Pengetahuan seseorang mengenai sesuatu ilmu adalah berbeza-beza. Mungkin seseorang itu faqih tetapi terdapat orang lain yang lebih faqih. Oleh itu digalakkan ia menyampaikan ilmu supaya ia mendapat rumusan baru daripada orang yang ia sampaikan.
- Orang yang menyampaikan hadis tetapi tidak memahami maknanya, mendapat ganjaran di atas manfaat penyampaian.
- Tidak wajar dibataskan rujukan mengenai sesuatu hadis kepada orang yang tidak Faqih. Hendaklah juga dirujuk kepada orang yang Faqih. Jika tidak rumusan dan penemuan dalil pada pengertian hadis tidak dapat dilakukan.
- Wajib bertafaqquh.
- Galakkan merumuskan pengertian hadis dan menjelaskan maksud-maksud hadis yang tersirat. (‘Aun al-Ma’bud)
Keterangan:-
- Perawi hadis tidak disyaratkan semestinya seorang yang faqih. Ia disyaratkan menghafalnya sahaja. Seorang yang faqihlah mesti memahami dan mendalami pengertiannya. (al-Munawi).
- Pengetahuan seseorang mengenai sesuatu ilmu adalah berbeza-beza. Mungkin seseorang itu faqih tetapi terdapat orang lain yang lebih faqih. Oleh itu digalakkan ia menyampaikan ilmu supaya ia mendapat rumusan baru daripada orang yang ia sampaikan.
- Orang yang menyampaikan hadis tetapi tidak memahami maknanya, mendapat ganjaran di atas manfaat penyampaian.
- Tidak wajar dibataskan rujukan mengenai sesuatu hadis kepada orang yang tidak Faqih. Hendaklah juga dirujuk kepada orang yang Faqih. Jika tidak rumusan dan penemuan dalil pada pengertian hadis tidak dapat dilakukan.
- Wajib bertafaqquh.
- Galakkan merumuskan pengertian hadis dan menjelaskan maksud-maksud hadis yang tersirat. (‘Aun al-Ma’bud)